POSTURE DETERMINES RUNNING OR VICE VERSA?
HARI ini aku nak kongsi sedikit tentang postur badan waktu berlari, dan bagaimana berlari boleh memberi keseimbangan semula kepada postur badan.
Sebelum itu, menjawab kepada tajuk di atas, aku setuju kepada kedua-dua pendapat.
Postur yang baik boleh memberi larian yang baik. Tapi tak adil pula kepada mereka yang mempunyai postur kurang baik. Jadi pencerahan kepada dogma ini adalah "BERLARI". Kerana aku yakin dan percaya keupayaan manusia bukan diukur kepada bentuk fizikal lahiriah yang boleh diubah, tetapi semangat dalam diri untuk berubah.
Kita jarang ambil peduli bahawa hakikatnya badan kita tidak simetri. Senget sikit akibat pelbagai faktor. Antaranya penggunaan otot dan bahagian badan yang tidak sama rata. Malah cara duduk di pejabat pun boleh menyumbang kepada masalah ini. Tapi bab ini kita kongsi di edisi celoteh yang akan datang InshaAllah.
PERNAH tengok macamana korang berlari?
Kalau ada peluang merakam, cuba rakam macamana korang lari.
Umum tahu larian yang baik adalah menggunakan bahagian kaki hadapan (toes).
Larian korang akan relax dan tidak menyakitkan. Badan korang akan secara automatik lurus dengan postur lebih baik.
Manakala larian yang tidak baik, tetapi boleh diubah adalah menggunakan bahagian kaki belakang (heel). Larian cara ini bukan sahaja memenatkan, malah menyakitkan dan lambat laun akan mendatangkan mudarat pada tumit, lutut dan otot-otot yang terlibat sewaktu berlari. Badan akan secara automatik membongkok, merosakkan postur secara perlahan-lahan akibat meletakkan tekanan berlebihan kepada kaki.
Cuba lihat kaki dan postur referee yang pakai kasut kuning dengan pemain yang pakai kasut merah.
Ada beza kan?
Jom sama-sama ubah cara larian. Mana tahu postur badan kita lebih baik lepas ini.
Comments
Post a Comment