CYBERJAYA, PERDANA LAKE (KIRI & KANAN)

 

ADA yang kata kawasan ni TUN M tinggal. Rumah yang mana tidaklah aku ketahui. Tempat ni dekat dengan sekolah Sri Puteri, Cyberjaya. Kalau korang daripada Dengkil, exit Cyberjaya tu korang keep to the right and turn after the traffic light. Kalau dari Putrajaya, exit and continue left. You won't miss it. Ada huruf C besar di laluan masuk. Park kereta kat tepi jalan ya sebab tiada kawasan tempat letak kereta. 

Riadah & santai. Boleh buat both. 

Jogging track memanjang kiri & kanan. Boleh pilih dari mana nak mula ikut target & kemampuan aktiviti korang. Jarak mengelilingi tasik masih misteri pada aku. BTW, kalau Cyberjaya & Putrajaya ni dua negara berbeza, korang jog kat sini, korang boleh rentas this imaginary line between this 2 places.  Kalau korang tengok gambar di atas, aku bermula di Cyberjaya & berakhir di Putrajaya. 

Ok, the best part bagi aku la ye

S U N R I S E

Yes kat sini korang boleh tengok betapa indahnya matahari pagi. Be here early. Sapa matahari.

Ada masa korang boleh datang. 










Comments

Popular posts from this blog

PUTRAJAYA, DATARAN GEMILANG - DATARAN PUTRA

RUN & MUSIC

RUN OR NOT TO RUN?