SABAH, KOTA KINABALU, TANJONG ARU


Aku berkesempatan ke Sabah 21 April 2019 yang lalu untuk bertugas di kejohanan Borneo 7s. Jadi alang-alang ada di Kota Kinabalu sebelum ke Sandakan keesokan harinya, a good evening + sunset run sounds fun and awesome. Jadi ke Tanjong Aru kita?

Rata-rata pelancong asing dan tempatan tahu lokasi ini. Ia pantai yang hampir benar dengan Lapangan  Terbang Kota Kinabalu and the most ISTAGRAMMABLE place in KK kerana satu sebab yang semua orang tahu iaitu keindahan ketika matahari terbenam.

So sebelum ke mari, aku dah tengok peta dan ukur jarak untuk aku bahjugging petang tu. Aku mula dari Dock In, buat satu pusingan dalam Taman Tasik Perdana iaitu 1 KM dari titik mula dan tamatkan larian berhampiran pintu masuk Shangri La Hotel. 

Pemandangan kawasan sekitar tampak seperti biasa pada mulanya, tapi saat kaki jejak di pasir, panorama jadi seluas mata memandang. S U N S E T di Tanjong Aru memang menakjubkan. 

Sempat jugaklah aku bermonolog sambil tengok matahari.

"Senja tak pernah minta ditunggu. Aku yang Beria-ia ingin bertemu."

Oh, by the way Pantai Tanjong Aru ni bolehlah dikatakan bersih dari sampah. Cuma seperti biasa, sistem saliran secara berleluasa dilepaskan ke laut. Rugi bagi aku kalau tempat ini tercemar. 








Kepada yang suka kepada senja, matahari di sini akan mula mengufuk jam 6.15 petang. 
Jam 6.35 petang korang dah boleh nampak keindahan senja ni.  









Comments

Popular posts from this blog

PUTRAJAYA, DATARAN GEMILANG - DATARAN PUTRA

RUN & MUSIC

RUN OR NOT TO RUN?