SABAH, SANDAKAN, AGNES KEITH HOUSE


SELESAI sudah dua hari Borneo 7s. 
Ada beberapa perkara yang suka benar aku kongsikan pasca kejohanan. 
Tapi nanti dulu. Biar aku kongsi satu-satu.

Recovery Run adalah amalan kebanyakan atlet. Biasanya this kind of running is done post tournament to facilitate recovery in an active mode. Tapi kena buat lek-lek (relax) sahaja. Distance tak perlu jauh. Dekat-dekat pun boleh. Yang penting fun and relax. Kalau kau rasa letih dan tak cukup nafas, kau dah defeat the purpose dah. Recovery kau akan lebih lama dan tergangu. 

Ada banyak cara actually untuk recovery. Aku sendiri memilih Pool Recovery. Sambil berendam dalam pool sambil buat aktiviti. Nanti ada masa aku tulis tentang ini. Disebabkan di Hotel Pavillion tiada swimming pool, jadi untuk post tournament aku buatlah recovery run.

As usual, aku dah plan dah move aku pagi tu untuk mula dari titik (0 : Zero) Sandakan menuju ke Agnes Keith House. FYI, aku tidaklah berlari dari Hotel Pavillion ke bandar Sandakan. Juah sangat tu. Jadi aku ambik grab dari sana ke Harbour Mall.



TANGGA SERIBU. 
Menuju ke Jalan Istana di atas bukit. 
Kalau berjalan sendiri aku sarankan agar korang berhati-hati. Lokasi ini sangat sunyi. 

It took me 10 minutes to get to the top.





Inilah lokasi sasaran aku. Agnes Keith House. 
Siapa dia? korang boleh baca melalui carian di internet. 

Kenapa dia penting? Itu yang buat aku nak sangat tahu.
Selain sejarah, aku suka membaca. 
FYI, tulisan Agnes Keith lah yang buat julukan Sabah, Negeri Di Bawah Bayu melekat sehingga kini.


Buku Land Below The Wind by Agnes Newton Keith.

Ada 3 buku yang aku nak beli sebelum balik. 
Salah satunya buku Land Below The Wind ini lah. 
Dengan harapan buku-buku ni ada di KK, tapi sampai KK cari punya cari tak juga jumpa buku-buku ni. Balik KL tanpa buku. 











Comments

Popular posts from this blog

PUTRAJAYA, DATARAN GEMILANG - DATARAN PUTRA

RUN & MUSIC

RUN OR NOT TO RUN?