SABAH, SANDAKAN, MEMORIAL PARK
SAMPAI di Sandakan, kami ditempatkan di Hotel Pavillion yang terletak di Labuk Jaya. Ada satu objek yang mencuri perhatian aku iaitu Tugu Buaya. It was built standing in the middle of the roundabout. As we turn left, I found that this Mr. Croaky is kinda skinny.
Dalam hati; kesian dia kena kerja keras jarang dapat makan. Ah..Monolog lagi.
Gitu gini, bedebak gedebuk (selalu kan dengar benda ni? tak tahu apa yang gedebuk) dah petang rupanya. Jam 5.45 petang kurang lebih. Jadi aku siap-siap, nak buat evening run. Well, aku dah risk-risik apa ada sekitar sini selain Taman Buaya. Lalu aku jumpa satu lokasi yang bagi aku worth to jog to.
Korang pernah dengar pasal Sandakan Death Marches? Waktu aku pergi Ranau masa bujang dulu, aku ada pergi tengok titik akhir Sandakan Death Marches ni. So now aku ada di titik mula. Kalau tak tengok sendiri, confirm tak boleh tidur malam.
Ya aku tahu posting ini membosankan.
Tapi aku memang tak boleh nak buang minat aku pada sejarah.
Tak jauh Taman Memorial ni. 1.2 KM je jogging dari hotel. Cantik dan terjaga kawasan ni. Setiap tahun akan ada upacara peringatan. Bekas tahanan yang masih hidup & waris sering berkunjung ke sini. Maka tempat ni wajib dipelihara. Untuk pengetahuan semua, tahanan terdiri daripada tentera ANZAC, keluarga dan orang tempatan. Mereka jadi buruh paksa untuk bina tempat mendarat kapal terbang tentera Jepun, fuel back and fly bagi Perang di Pasifik. Pernah baca phrase "LEST WE FORGET" ? Kalau belum pernah, gunakan jari-jari anda dan biarkan sel-sel otak berhubung.
You guys can jog, feel and read about them. This is ground zero. Feeling tahanan jerit-jerit kena torture tu masih ada.
Comments
Post a Comment