POSTURE DETERMINES RUNNING OR VICE VERSA?
HARI ini aku nak kongsi sedikit tentang po stur badan waktu berlari, dan bagaimana berlari boleh memberi keseimbangan semula kepada postur badan. Sebelum itu, menjawab kepada tajuk di atas, aku setuju kepada kedua-dua pendapat. Postur yang baik boleh memberi larian yang baik. Tapi tak adil pula kepada mereka yang mempunyai postur kurang baik. Jadi pencerahan kepada dogma ini adalah "BERLARI" . Kerana aku yakin dan percaya keupayaan manusia bukan diukur kepada bentuk fizikal lahiriah yang boleh diubah, tetapi semangat dalam diri untuk berubah. Kita jarang ambil peduli bahawa hakikatnya badan kita tidak simetri. Senget sikit akibat pelbagai faktor. Antaranya penggunaan otot dan bahagian badan yang tidak sama rata. Malah cara duduk di pejabat pun boleh menyumbang kepada masalah ini. Tapi bab ini kita kongsi di edisi celoteh yang akan datang InshaAllah. PERNAH tengok macamana korang berlari? Kalau ada peluang me...